Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 February 2012

Hari untuk jumpa Dr...

Hari ni day no 12 of my cycle, dua hari lepas saya pi berurut lagi dengan kakak bisaya tu.dia bilang bagus sudah ko punya peranakan ni..???nda tau lah, so try ja lah.

Hari ni afterwards, saya mo pi jumpa doktor minta surat pengesahan untuk application anak angkat saya...sekarang mengasi siap dulu keja saya yang nda pandai habis2 ni di opis...bila masuk jam 11 tadi, semua org angkat kepala, nasib baik teda penyibuk2 terhormat yang menyibuk saya datang dari mana..kalau nda mesti saya mo jawab ,saya lambat bangun pasal telampau banyak keja..huahuahua

Orang2 ofis saya…



So ini hari saya mo meluahkan perasaan nda puas hati pasal manusia2 di ofis saya…:S. Ofis saya ada bermacam macam jenis manusia.Back stabber ada, hipokrit ada, miang ada, perempuan simpanan ada, tukang batu api ada…Oleh kerana company tempat saya bekerja ni banyak sister company but duit sikit ja, tepaksa lah kami bersesak-sesak di dalam 1 opis ja..Masalahnya, tunggak kepada semua company ni kebetulan lah pula tempat yang saya keja…so disenaraikan jenis manusia seperti di bawah bermula dari tingkat teratas carta organisasi company kami :D:
1.Ray Mill
Ni saturang bos yang selalu ada masalah especially masalah duit dan perempuan..hampir setiap hari kena telefon oleh bank pasal kredit kad.saya rasa penat sudah tu receptionist cakap ni ayat…”erm..boss belum masuk lagi” or “boss cuti..” or “..sepa yang bercakap ni, nanti saya sampaikan message”..
Yang paling saya nda bleh terima ni bila ni boss becakap over the phone..teda pantang langsung.Fax machine dalam bilik dia, so on and off kena masuk juga bilik dia utk fax over document..ada satu hari tu dia cerita dgn kawan dia pasal girlfren..OMG..cerita bukan main panas lagi..cerita pasal S*X..huahuahua..saya yang malu dengar dia cerita terang2 pasal dia tidur dengan girlfren yang I think belum pun sampai 20 umur..asal ada staf perempuan baru ,soalan WAJIB…”ko ada boyfren sudah??” matai lah…sexual harassment !!!
2.En. Manisami a/l vellu
Orang yang dalam masa beberapa saat sahaja pun boleh tukar topic perbincangan even though yang sebenarnya sedang diceritakan belum selesai..bikin panas, suka push nda tentu pasal, terer putar belit fakta and HIPOKRIT.
Namun begitu, saya belajar banyak dari ni org..hehe yang itu saya sangat berterima kasih. Saya belajar macamana mo handle client yang suka kacau2 pasal mo minta duit, saya belajar cara mo puji orang biarpun sebenarnya org itu tidak layak..and saya juga belajar supaya jangan senang di kasi bodoh! I wont do if I think its wrong and I will voice out my opinion if I think you are being ridiculous with your instructions!
3.Lexy,the magician                                                            
Ni orang pandai betul magic..bukan setakat daun terup..org dia sendiri pun magic macam chipsmore, skejap ada skejap teda…selalu Tanya soalan..”..boss ada?”..im implying..kalau bos ada mesti mo buat2 bz, pasal ada CCTV haha…kalau big boss outstation, batang idung pun nda Nampak…bila org Tanya mana sudah summary keja ko, balik2 jawapan sama.. ada dalam file personal saya, belum susun lagi..kena Tanya ada di mana, mesti jawab pi pejabat tanah..tapi yg heran kalau kena call before jam 10, memang confirm nda kena jawab punya..tengahari baru aktif. Jam 3 lebih sudah hilang dari pandangan.. suruh buat keja OT..OMG, bagus lagi buat sendiri, kalau nda tepaksa dua kali keja pasal mo mengasi betul kesilapan dia.
4. Sasa muka talam
Perempuan ni manis ja muka dia, senyum ja selalu.kesayangan bos yang miang ni..sama juga perangai sama si ahli silap mata..gaji bukan main besar lagi tapi account orang lain juga yang bikin..keja dia bikin payment vouchers,buka cek, telefon bank,bikin directors resolutions..hari2 ke hulu ke hilir macam sibuk melampau..tapi jangan silap…rupanya hipokrasi semata-mata.SPY bos miang ni. Siapa yang betabiat siaplah dia, akan dilaporkan kepada bos miang dan tedalah increment..haha..nasib baik saya contract staff..so saya mo malas ka apa kah dia teda power over saya..sorry!
5. Madam wong
Haha..ni satu manusia yang sangat tebal muka..kawan baik kepada perempuan simpanan di ofis.di mana ada duit di situ ada madam wong.teda certificate secretarial tapi mengaku PA bos!..cara mo jawab telefon pun nda tau..kalau saya nda kenal ni org , dari cara dia menjawab fon, saya akan ingat ini company along…bukan main ganas dia ni menjawab fon…”Hello!..sepa ko cari?!” haha PA lah konon…dia ni suka berfesyen ba sebenarnya, Cuma kadang2 dia lupa yang dia ni keja opis bukan nya mo pi clubbing..baju selalu nda appropriate!sampai ada masa boss subsidiary yang lain tegur yang pakaian dia Nampak ‘ranggi’..haha lucu pula.
Haha..actually ada ramai lagi tapi saya mengantuk sudah lah..nanti lain hari saya cerita lagi :D

Sunday 26 February 2012

Mari kita sama2 share info untuk dapatkan anak angkat

Oleh kerana tahun ini saya sudah cukup syarat JKM untuk mohon anak pelihara, so saya sudah download borang untuk mohon anak pelihara tu dari net.Sudah isi tu borang and sudah prepare few document yang dorang minta..contohnya:
1) Sijil perkahwinan
2) Sijil lahir
3) IC
.......
tapi saya masih belum ada ni satu...Pengesahan dari pegawai perubatan..Dalam instruction tidak dinyatakan apa sebenarnya yang dorang perlu dari doktor ni...adakah pengesahan seperti tempoh perkahwinan berapa lama, then cakap kami belum ada anak sampai sekarang dan currently sedang menjalani rawatan sudah mencukupi ???..adakah sebarang pegawai perubatan boleh membuat pengesahan ini ataupun mesti doktor pakar sahaja yang layak untuk mengeluarkan laporan?? Banyaknya soalan saya..masalahnya, last time saya pernah bertanya di Jabatan Kebajikan berdekatan area saya, staff dorang pun macam nda tau apa yang mo dijawab???!!! macamana itu?...saya berpendapat bahawa maklumat tentang hal ini kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan..


Satu lagi masalah, hari tu saya minta surat daripada satu org doktor pakar ni, klinik dia nda jauh dari area Damai..ni doktor balik2 tanya..."berapa duit lu ada??" everytime saya buat follow up dengan dia..berapa you got inside your pocket dia mesti mo sapu semua kah?!...lain cerita, dia bagi lah saya tu surat ..bilang saya sudah kahwin begini tahun and sedang buat rawatan dengan klinik dia. Bila saya hantar application saya di one of the rumah perlindungan di KK untuk anak angkat ni, tu panel sana tanya lagi saya, apa rawatan ko sedang buat...??...then saya pun pi lah jumpa balik ni doktor minta dia tolong tulis apa ubat yang saya sedang ambil dengan dia...buli2 dia cakap dengan saya..."..buat apa you mau ni semua, the panel tu terdiri dari doctors kah?..dorang tau kah kalau saya tulis apa ubat u makan??!!!"...S**T punya doctor!...then i went and look for other specialist sudah ....tepaksa tunggu lagi baru boleh dapat the surat....

Anyway..kalau ada kawan2 sini punya info, marilah kita sama2 share k...paling ngam, kalau ada sesiapa yang sudah berjaya dapat anak angkat melalui JKM..

Thanks @..@ 


*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

HTC My days - Period and ovulation calendars

Ni satu lagi benda yang saya mo kongsi untuk kawan-kawan yang tengah TTC macam saya :D.....


Saya baru ja install ni application di phone saya, HTC My days-Period and ovulation calendars..kita cuma perlu kasi masuk day 1 kita punya cycle then application ni akan automatic kira untuk kita hari ovulation..so kita boleh lah plan bila mo ber BD haha..senang!!..lucu pula, benda-benda begini pun mo ada schedule @..@..


So sepa2 yang pakai HTC phone, try lah :D..and kita sama2 update keberkesanan schedule ni ^..^


saya attach screenshot schedulenya
hehe..macam kecik pula o...nantilah saya upload yang saya punya schedule...cari camera lu...

Buah Zuriat/Buah Hawa


Hari ini untuk cover hari2 lain yang nda diupdate  ni blog :D...so saya mo kongsi info tentang 1 jenis buah iaitu buah zuriat or buah hawa...nah ini picturenya.....First time saya tau pasal ni buah i think daripada forum mengandung.com. ni buah cuma ada di negara Arab...sorry kalau saya tersilap info ni k..So hari tu ada kawan ofis pi Mekah untuk menunaikan haji, jadi saya pun dengan nda segan silu ni...."pacik, saya dengar pacik mo pi naik haji,..boleh saya minta kirim sesuatu???!..."nasib baik juga lah tu pacik bilang ok saja..Saya pun kesian juga sama dia, sampai dia begurau,.."..susah juga ni, nanti bini saya ingat saya ada cawangan lain pula..haha!!"...but turns out dia kasi beli juga untuk saya..THANK YOU banyak2 pacik W @..@....so dipendekkan cerita, buah ini lebih dikenali sebagai buah Hawa di mekah dan menurut tu pacik, Orang Indonesia yang jual ni buah sama dia..Saya pernah terbaca di malaysia, org jual buah ni RM60 satu biji..!!!!


So hari tu saya dapat 5 biji, hubby sudah buka 2 biji tapi saya baru masak 1 biji ja.Masa membuka tu adoi, punyalah payah, mula2 kena buka sabut dulu pas tu ada cengkerang keras lagi....bayangkan hubby saya kasi gergaji pula tu cengkerang..keras btl!....Bau sabut dia macam bau kurma :D...sedap, tapi bila rebus isinya, air dia macam teh biasa... so nanti bila ada kesan , saya update dalam blog ya :D...harap info ni dapat bantu org lain pula.

huhu..Miss P datang lagi

Adoi na, susahnya ba pula mo mengupdate blog ni..lebih sebulan sudah daripada my last post. hmmm..miss p datang lagi 18hb yg lalu, kawan2 ofis ingat ada news yang positif sudah...haha rupanya cuma lewat 3 hari disebabkan tahap stress melampau! nasib baik lah nda pi membeli upt test kit , kalau nda membazir ja namanya.

Actually last month,kira2 hari ke 8 cycle mungkin tu, saya pi berurut dengan 1 org kakak bangsa bisaya di area putatan.kawan ofis ni lah yang mengasi introduce...bila dia pegang perut saya, bilangnya rahim/peranakan saya kearah kanan ..saya pun nda brapa paham ni, but try ja lah kan..sebelum ni kawan opis ni punya adik ipar pi berurut sana,lepas 1 bulan gitu, terus preggy!!OMG..apa lagi saya ni lepas dengar tu news,berkobar-kobar terus!!..but in the end it turns out that im too STRESSED of my submission dateline..jadi Miss P pun main tapuk2..tapi 3 hari kemudian datang juga!!huhuhuhuhuhuhu........................

Nda apa lah, hari isnin ni pi lagi @..@  GAMBATEH