1) Sijil perkahwinan
2) Sijil lahir
3) IC
.......
tapi saya masih belum ada ni satu...Pengesahan dari pegawai perubatan..Dalam instruction tidak dinyatakan apa sebenarnya yang dorang perlu dari doktor ni...adakah pengesahan seperti tempoh perkahwinan berapa lama, then cakap kami belum ada anak sampai sekarang dan currently sedang menjalani rawatan sudah mencukupi ???..adakah sebarang pegawai perubatan boleh membuat pengesahan ini ataupun mesti doktor pakar sahaja yang layak untuk mengeluarkan laporan?? Banyaknya soalan saya..masalahnya, last time saya pernah bertanya di Jabatan Kebajikan berdekatan area saya, staff dorang pun macam nda tau apa yang mo dijawab???!!! macamana itu?...saya berpendapat bahawa maklumat tentang hal ini kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan..
Satu lagi masalah, hari tu saya minta surat daripada satu org doktor pakar ni, klinik dia nda jauh dari area Damai..ni doktor balik2 tanya..."berapa duit lu ada??" everytime saya buat follow up dengan dia..berapa you got inside your pocket dia mesti mo sapu semua kah?!...lain cerita, dia bagi lah saya tu surat ..bilang saya sudah kahwin begini tahun and sedang buat rawatan dengan klinik dia. Bila saya hantar application saya di one of the rumah perlindungan di KK untuk anak angkat ni, tu panel sana tanya lagi saya, apa rawatan ko sedang buat...??...then saya pun pi lah jumpa balik ni doktor minta dia tolong tulis apa ubat yang saya sedang ambil dengan dia...buli2 dia cakap dengan saya..."..buat apa you mau ni semua, the panel tu terdiri dari doctors kah?..dorang tau kah kalau saya tulis apa ubat u makan??!!!"...S**T punya doctor!...then i went and look for other specialist sudah ....tepaksa tunggu lagi baru boleh dapat the surat....
Anyway..kalau ada kawan2 sini punya info, marilah kita sama2 share k...paling ngam, kalau ada sesiapa yang sudah berjaya dapat anak angkat melalui JKM..
Thanks @..@
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui
surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon
akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap
diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang
diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan
boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam
penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen
atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan
Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan
pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952
(Akta 257).
*Permohonan
cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran
Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253).
Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun
anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang
beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh
dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja.
Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua
tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh
dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil
anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut
seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu
selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan
kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun
penjara atau kedua-duanya sekali.
- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
No comments:
Post a Comment